Terma dan Syarat
- Peraduan ‘Comment & Menang RM1000’ (“Peraduan”) dianjurkan oleh Ninja Mart (perniagaan di bawah serta wakil Ninja Logistics Sdn Bhd) dan terbuka kepada semua perniagaan di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Ninja Mart (“peruncit Ninja Mart”).
- Kempen ini tertakluk kepada terma dan syarat ini (termasuk sebarang pindaan yang dibuat oleh Ninja Mart dari semasa ke semasa) (“Terma dan Syarat”).
- Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju bahawa Terma dan Syarat ini adalah mengikat ke atas anda.
Tempoh Kempen:
- Kempen ini bermula dari 17 April 2026 dan berakhir pada 31 Mei 2026 pada jam 11:59 malam MYT (“Tempoh Kempen”).
- Sebarang penyertaan yang diterima selepas Tempoh Kempen akan dibatalkan secara automatik.
Kelayakan:
- Kempen ini terbuka kepada semua peruncit Ninja Mart (berumur 18 tahun ke atas) di Malaysia.
- Individu-individu / perniagaan berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:
- Pekerja Ninja Mart (termasuk anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat berkaitan) dan/atau ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik).
- Sesiapa yang mempunyai jumlah tertunggak yang terhutang dan perlu dibayar kepada Ninja Mart.
- Jika peserta didapati tidak layak atau telah melanggar Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa sepanjang atau selepas Tempoh Kempen, Ninja Mart berhak untuk membatalkan penyertaan peserta tersebut dan menarik balik dan/atau membatalkan sebarang hadiah, jika ada, yang layak diterima oleh peserta tersebut. Ninja Mart juga berhak untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan perlu terhadap peserta tersebut, dan peserta tersebut hendaklah menanggung segala kos berkaitan yang ditanggung oleh Ninja Mart.
Cara Menyertai:
- Untuk menyertai peraduan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Ikuti sosial media kami di Instagram dan/atau TikTok @ninjamartmy
Langkah 2: Suka post peraduan tersebut
Langkah 3: Jawab soalan: “Jika anda boleh tutup kedai selama 1 hari, apa yang akan anda lakukan & dengan siapa? Tag mereka!”
Pemenang akan dipilih oleh hakim dalaman berdasarkan komen yang paling kreatif apabila kempen tamat pada 31 Mei 2026.
- Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:
a) 1x RM1,000 baucar Ninja Mart
b) 1x RM500 baucar Ninja Mart
c) 1x RM300 baucar Ninja Mart
d) 7x RM30 baucar Ninja Mart - Para peserta dari Instagram dan TikTok akan digabungkan untuk pemilihan pemenang.
- Ninja Mart berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk memilih pemenang serta menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang bernilai sama atau sebaliknya pada bila-bila masa. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dikembalikan atau ditukar untuk barang lain atas apa jua alasan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan “seadanya”.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010:
- Dengan menyertai Kempen ini, anda memberi kebenaran kepada Ninja Mart untuk memproses dan mendedahkan kepada mana-mana pihak ketiga serta ahli gabungan, semua data peribadi yang diberikan oleh anda berhubung dengan Kempen ini (termasuk gambar anda) untuk apa-apa dan semua tujuan berkaitan dengan Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pelaksanaan Kempen ini dan/atau sebarang acara, publisiti, iklan atau bahan promosi berkaitan Kempen ini dalam apa jua bentuk atau melalui apa-apa media tanpa sebarang pampasan tambahan atau pemberitahuan selanjutnya.
- Anda bersetuju bahawa Ninja Mart diberi kuasa serta kebenaran untuk memproses data peribadi yang disediakan berhubung dengan Kempen ini selaras dengan dasar privasinya yang boleh didapati di https://www.ninjavan.co/en-my/privacy-policy/ dan Ninja Mart dibenarkan untuk berkongsi data peribadi sedemikian dengan syarikat bersekutu atau pihak ketiga dan/atau menghantar yang sama ke luar negara kepada pihak tersebut untuk tujuan tersebut.
- Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan klausa ini dan dasar privasi Ninja Mart, sila hubungi my-privacy@ninjavan.co.
Hak Harta Intelek:
- Sebarang maklumat yang berkaitan dengan Kempen ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teks, grafik, fotografi, rajah, simbol, ikon, imej, muzik, kod sumber, perisian dan tanda dagangan (termasuk pengumpulan, susunan dan penyusunan maklumat tersebut), dilindungi oleh hak cipta, reka bentuk, tanda dagangan dan hak harta intelek lain yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada Ninja Logistics Sdn Bhd. Semua hak harta intelek kepunyaan Ninja Logistics Sdn Bhd adalah kekal di bawah pemilikan eksklusif Ninja Logistics Sdn Bhd.
- Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan tanda dagangan, logo atau hak harta intelek lain Ninja Logistics Sdn Bhd tanpa kebenaran bertulis Ninja Logistics Sdn Bhd terlebih dahulu.
Lain-Lain:
- Peserta memikul tanggungjawab penuh sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Kempen ini serta daripada penebusan dan penggunaan hadiah. Ninja Logistics Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab kepada peserta untuk sebarang kerugian dan kerosakan yang timbul daripada penyertaan Kempen ini dan/atau keadaan di luar kawalan Ninja Logistics Sdn Bhd, kerugian berbangkit, kehilangan keuntungan, kehilangan hasil dan tuntutan pihak ketiga yang dibawa terhadap peserta walau bagaimanapun timbul.
- Ninja Mart berhak untuk mengubah, menggantung atau meminda Terma dan Syarat ini, atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab tanpa notis terlebih dahulu. Semua keputusan yang dibuat oleh Ninja Mart adalah muktamad dan mengikat.
